Friday, May 2, 2014

Patah Hati Memang Celaka

Tempat demi tempat ku lewati,
Aku cuba mencari sesuatu,
Tapi aku tidak yakin aku akan ketemu,
Apa yang aku cuba cari

Hatiku ini sudah puas diracik,
Sudah puas disiat,
Dan kerana itu aku tidak yakin,
Apa yang aku cuba cari

Maruahku sudah pipih dipijak,
Sudah basah diludah,
Dan kali ini aku yakin,
Aku tidak akan ketemu apa yang aku cari

Tika ini aku sedar,
Hati ini perlu dirawat,
Maruah ini perlu dibentuk kembali,
Aku perlu menyendiri seketika,
Beri aku Cobain,beri aku buku,
Beri aku Vedder,beri aku buku,
Beri aku ruang,beri aku buku,
Dan kali ini aku yakin,
Akan ku ketemu apa yang aku cari,
Dan mungkin,
Aku akan keluar dari kepompong ini kemudian,
Mungkin.

No comments:

Post a Comment