Keyakinan tidak boleh dibeli,
Keyakinan tidak boleh ditempa,
Keyakinan tidak boleh ditempah,
Hanya ada satu jalan membina keyakinan,
Iaitu dengan pengalaman
Pengalaman mematangkan kamu,
Pengalaman membawa kau ke satu alaf baru,
Pengalaman jadikan engkau berwibawa,
Ayuh,
Keluar dari kepompongmu,
Jarah dan jelajahlah duniaNya,
Supaya kau bisa matang,
Dengan pengalaman yang menimpa
No comments:
Post a Comment