Amran resah.Gelisah hatinya.Rambutnya beberapa kali dibetulkan.Dia mengerling ke cermin pandang belakang.Gelisah.Terasa ada yang mengikut.Pemanduan diteruskan.Dia tiba di lampu isyarat.Merah warna di hadapan.Brek ditekan.Kereta mula perlahan.Clutch dipijak.Gear diletakkan di posisi neutral.Brek tangan ditarik.Lagu di radio seperti tidak kena.Semua lagu rasa seperti celaka.Radio dimatikan.Lampu bertukar hijau.Brek tangan ditekan.Clutch dipijak.Gear ditekan.Tekan minyak.Kereta mula bergerak.
Mata Amran ralit memandang ke kiri dan ke kanan.Matanya tidak terlalu fokus di hadapan.Amran nyaris terlanggar kereta asoh tua di hadapan.Mulutnya menyumpah.Makian dia sedikit berunsur perkauman.Itu yang kita boleh nampak di Malaysia.Tidak wujud bangsa Malaysia.Yang wujud cuma Melayu,Cina,India dan lain-lain.Susunan serupa yang kau dan orang lain jumpa dalam mana mana borang institusi kerajaan.Amran masih memandang ke kiri dan ke kanan.
Kereta Amran terasa berat.Mungkin muatan dalam bonet belakang agaknya.Amran abaikan rasa berat tersebut.Dia masih rasa bersalah dengan apa yang dia dah lakukan.Dia dalam keadaan yang tersepit.Sangat tersepit.Dia dah berkeluarga.Isteri seorang dan anak lelaki umur 3 tahun.Yang kedua bakal menyusul.Isterinya yang bekerja sebagai pensyarah Matematik di sebuah universiti berdekatan rumah mereka sedang mengandung.6 bulan.Dia menolak cadangan Amran untuk mengambil cuti.Have to stay active,katanya.Amran tidak mahu keluarganya bergolak.Tidak.Dia sayangkan isterinya.
Amran ternampak sebuah perhentian bas.Dia tersenyum.Ini tempat yang sesuai,detik hatinya.Dia kerling cermin pandang belakang.Perfect,detik akal nakalnya.Dia berhentikan kereta di perhentian tersebut.Dia keluar dari tempat duduk pemandu.Dia buka pintu belakang. "Keluar" kata Amran kepada Zara.Mulutnya ditutup dengan duct tape.Tangan dia diikat.Zara menggeleng sambil menangis.Amran berang.Amran tampar Zara.Dia terpaling ke kiri.Nafsu Amran mula datang.Amran tindih Zara.Tangannya pantas cuba menanggalkan kain yang dipakai Zara.Dia berjaya.Dan buat kali kedua,dia dapat apa yang dia nak daripada Zara.Amran capai pen yang dibawa dari sekolah tadi.Sayang,pen yang dia sayang terpaksa jadi korban.Swarovski.Amran tikam Zara,tepat ke jantung.Mata Zara terbeliak.Amran tikam kali kedua.Kali ketiga.Kali keempat.Genap kali ketujuh,dia berhenti.Amran sarung seluarnya kembali.Dia buka bonet belakang.Seorang lelaki,dalam linkungan umur 17,sudah mati dalam bonet kereta beliau.Amran angkat mayat tersebut.Baju biru dan seluar hitam yang dipakai mayat kotor dengan darah.Tanda nama yang dipakai mayat kelihatan.Ketua biro.Nama tidak kelihatan.Amran campak mayat dalam semak belakang perhentian bas.Dia angkat mayat Zara.Amran ubah fikiran.Dia meletakkan kembali mayat Zara dalam kereta.
Amran memandu keretanya kembali.Dalam 7km dari perhentian bas tadi,dia berhenti.Mayat Zara diangkat dan dicampakkan dalam semak.Tersorok.Amran senyum.Dia masuk kembali ke dalam keretanya.Dia hidupkan enjin dan mula memandu,pergi dari situ.