Monday, December 22, 2014

Si Celaka Hati Jahat



Amran resah.Gelisah hatinya.Rambutnya beberapa kali dibetulkan.Dia mengerling ke cermin pandang belakang.Gelisah.Terasa ada yang mengikut.Pemanduan diteruskan.Dia tiba di lampu isyarat.Merah warna di hadapan.Brek ditekan.Kereta mula perlahan.Clutch dipijak.Gear diletakkan di posisi neutral.Brek tangan ditarik.Lagu di radio seperti tidak kena.Semua lagu rasa seperti celaka.Radio dimatikan.Lampu bertukar hijau.Brek tangan ditekan.Clutch dipijak.Gear ditekan.Tekan minyak.Kereta mula bergerak.


Mata Amran ralit memandang ke kiri dan ke kanan.Matanya tidak terlalu fokus di hadapan.Amran nyaris terlanggar kereta asoh tua di hadapan.Mulutnya menyumpah.Makian dia sedikit berunsur perkauman.Itu yang kita boleh nampak di Malaysia.Tidak wujud bangsa Malaysia.Yang wujud cuma Melayu,Cina,India dan lain-lain.Susunan serupa yang kau dan orang lain jumpa dalam mana mana borang institusi kerajaan.Amran masih memandang ke kiri dan ke kanan.


Kereta Amran terasa berat.Mungkin muatan dalam bonet belakang agaknya.Amran abaikan rasa berat tersebut.Dia masih rasa bersalah dengan apa yang dia dah lakukan.Dia dalam keadaan yang tersepit.Sangat tersepit.Dia dah berkeluarga.Isteri seorang dan anak lelaki umur 3 tahun.Yang kedua bakal menyusul.Isterinya yang bekerja sebagai pensyarah Matematik di sebuah universiti berdekatan rumah mereka sedang mengandung.6 bulan.Dia menolak cadangan Amran untuk mengambil cuti.Have to stay active,katanya.Amran tidak mahu keluarganya bergolak.Tidak.Dia sayangkan isterinya.


Amran ternampak sebuah perhentian bas.Dia tersenyum.Ini tempat yang sesuai,detik hatinya.Dia kerling cermin pandang belakang.Perfect,detik akal nakalnya.Dia berhentikan kereta di perhentian tersebut.Dia keluar dari tempat duduk pemandu.Dia buka pintu belakang. "Keluar" kata Amran kepada Zara.Mulutnya ditutup dengan duct tape.Tangan dia diikat.Zara menggeleng sambil menangis.Amran berang.Amran tampar Zara.Dia terpaling ke kiri.Nafsu Amran mula datang.Amran tindih Zara.Tangannya pantas cuba menanggalkan kain yang dipakai Zara.Dia berjaya.Dan buat kali kedua,dia dapat apa yang dia nak daripada Zara.Amran capai pen yang dibawa dari sekolah tadi.Sayang,pen yang dia sayang terpaksa jadi korban.Swarovski.Amran tikam Zara,tepat ke jantung.Mata Zara terbeliak.Amran tikam kali kedua.Kali ketiga.Kali keempat.Genap kali ketujuh,dia berhenti.Amran sarung seluarnya kembali.Dia buka bonet belakang.Seorang lelaki,dalam linkungan umur 17,sudah mati dalam bonet kereta beliau.Amran angkat mayat tersebut.Baju biru dan seluar hitam yang dipakai mayat kotor dengan darah.Tanda nama yang dipakai mayat kelihatan.Ketua biro.Nama tidak kelihatan.Amran campak mayat dalam semak belakang perhentian bas.Dia angkat mayat Zara.Amran ubah fikiran.Dia meletakkan kembali mayat Zara dalam kereta.


Amran memandu keretanya kembali.Dalam 7km dari perhentian bas tadi,dia berhenti.Mayat Zara diangkat dan dicampakkan dalam semak.Tersorok.Amran senyum.Dia masuk kembali ke dalam keretanya.Dia hidupkan enjin dan mula memandu,pergi dari situ.

Guru Cemerlang (baca : Si Celaka Hati Jahat)



Rayyan tekun mendengar apa yang Cikgu Amran sampaikan di depan.Dia menguap.Bukan dia tidak berminat untuk belajar Sejarah,tapi dia bosan bila belajar Sejarah ikut buku teks.Dia tahu apa yang ditulis dalam buku teks semua tipu.Dia sedar yang sejarah yang ditulis dalam buku teks ini ditulis oleh orang yang menang.Dia tahankan kantuk.Masih mencuba untuk fokus dengan apa yang Cikgu Amran sampaikan.Loceng berbunyi.Kelas tamat.Masa pertukaran subjek.Cikgu Amran mengemas barang.Ketua kelas seru supaya bangun.Semua bangun,ucap selamat,buat bising sejurus cikgu keluar.Rayyan duduk di tempat sendiri,cuba untuk tidur.Kadang kadang,mengantuk juga teman kawan hisap rokok waktu malam.Rayyan tidak gemar rokok murah.Apa jadah hisap rokok John woi!Rayyan mahukan sesuatu yang lebih mahal,Dunhill misalnya.Akhirnya,dia cuma duduk sebelah kawannya di tangga di hadapan dorm sambil berbual dengan kawannya.


Rayyan kerling jadual waktu.Waktu Biologi.Cikgu Juanna.Dia tiada,cuti bersalin.Guru ganti belum sampai.Rayyan guna masa senggang sebegini untuk tidur.Buat apa buang masa dengar celoteh budak perempuan pasal K-Pop.Rayyan bukan anti K-Pop,dia anti budak yang beria minat sampai semua kena tahu dia minat K-Pop.Awek Rayyan pun minat K-Pop juga,tak perlu beria pun dengan Rayyan.Rayyan lain.Dia gemar raikan keunikan orang.Biar pelik macam mana pun,dia tetap layankan.Tapi kalau dah mula nak beria sampai satu tahap di mana budak budak sekarang gelarkan gedik (kau perlu berterima kasih dekat Ogy Ahmad Daud untuk perkataan ini.Dia yang popularkan) ,Rayyan tak boleh terima dah.Nama star K-Pop ni pun dah macam gipsi pada Rayyan.Dia cuba untuk tidur.


Rayyan cuba tidur.Kantuk susah nak ditahan.Celaka betul si Ganja (kawan Rayyan) sebab ajak teman hisap rokok murah.Rayyan masih mempersoalkan kemampuan otak dia buat keputusan rasional pada waktu malam.Di saat Rayyan hampir sedikit lagi nak lelap mata,dia terlupa yang dia perlu bayar yuran persekolahan yang masih berbaki sedikit lagi kepada Cikgu Amran,guru kelas Rayyan.Rayyan seluk dompet dari poket belakang seluar sekolah hitam.Ya,Rayyan pengawas.Ketua biro yang orang boleh kata,kaliber ada tapi selalu sangat rebel.Kelakar kan kalau cikgu kau suruh kau angkat speaker besar ke hulu hilir dan decide untuk letak speaker tu dekat tempat asal dia balik.Nasib baik cikgu yang jaga sistem PA sekolah,Cikgu Hassan tak mengarut keputusan dia.Ini kita cerita pasal cikgu lain yang suruh Rayyan angkat speaker ke hulu hilir.Rayyan kira duit.Cukup duit bapanya bagi buat bayar yuran.Rayyan bingkas bangun dan dia mula keluar daripada kelas tanpa beritahu ketua kelas.Celaka apa ketua kelas sibuk bual K-Pop sekali.


Rayyan berjalan ke bilik guru.Langkah diatur dengan yakin.Ya,dia kena berjalan dengan yakin.Seorang ketua biro dalam satu organisasi penting di sekolah kena berjalan dengan yakin.Rayyan tiba di bilik Cikgu Amran.Ya,Cikgu Amran ada bilik sendiri.Mungkin sebab title "Guru Cemerlang" di hadapan nama beliau.Rayyan sedikit pelik.Dia macam terdengar bunyi erangan dalam bilik Cikgu Amran.Dia ketuk pintu bilik Cikgu Amran.Tiada respon.Dia pulas tombol pintu.Dia melangkah masuk ke dalam bilik CIkgu Amran.


Kelihatan sepasang kebaya merah bersepah di lantai.Rayyan angkat muka.Dia nampak Cikgu Amran berdiri membelakangkan pintu biliknya,tidak berpakaian.Kemeja ungu yang dipakai sebentar tadi ada di penjuru bilik.Seluar slack hitam yang dah digosok rapi oleh isterinya ada di bawah kaki Cikgu Amran.Kelihatan guru Kimia,Cikgu Zara terpejam matanya sambil mengerang di atas meja Cikgu Amran.Rayyan tersentak.Cikgu Amran berpaling ke belakang.Duit yuran sekolah Rayyan terlepas dari tangannya dan jatuh ke atas lantai.


So much for Guru Cemerlang huh?