Jiwa kacau,
Bagai sialan terganggu,
Cuma bezanya di sini,
Tiada bagai di situ,
Aku memang sialan terganngu
Betapa sukarnya hidup seorang sialan,
Tak kira betapa tenangnya kau,
Semua arif yang kau memang seorang sialan,
Sialan yang tidak boleh ada hubungan,
Sialan yang tidak boleh bersosial,
Kecuali dengan lelaki,
Kerana itu lumrah seorang sialan,
Hubungan lain jantina undang caci orang,
Walaupun niat sialan ini,
Hanya mahu menambah senarai kawannya
Jadi,apa yang seorang sialan boleh buat?
Mudah,
Duduk diam dalam bilik kamu,
Capai iPod dan fon kepala kamu,
Tekan butang main,
Dan hanyutlah dalam dunia kamu,
Hanyut bersama sialan yang lain,
Kerana hanya sialan mengenal sialan