Wednesday, January 29, 2014

Dorm 37

"Allahuakbar allahuakbar" .Azan Subuh berkumandang.Aku bingkas bangun.Azan Subuh setiap pagi yang akan buat aku bangun.Tak perlu susah payah set kan alarm setiap malam sebelum tidur. "Weh Makto,bangun lah.Dah azan dah." Aiman,ahli dorm aku yang setiap pagi ada tugasnya tersendiri,iaitu bangun awal dan mengejutkan semua ahli dorm aku.Aku cuma mampu membuat thumbs up,isyarat bahawa aku dah bangun dan sedang mempersiapkan mental aku untuk ke bilik mandi.Aku turun dari katil aku.Aku keluar dari dorm dan aku capai tuala dari ampaian depan dorm aku. "Weh Acap,bangun lah.Lu nak tidur sampai pukul berapa" .Acap cuma mampu bergerak ke kiri dan kanan.Aku melangkah keluar dari dorm dan menuju ke bilik air.

Dari 6 bilik air,cuma 3 bilik air yang boleh guna.Yang betul betul elok pula cuma ada 2.Nah,siapa kata budak SBP baik baik belaka?Ada juga yang perangai celaka buat vandalisme.Hasilnya,bilik air penuh macam celaka setiap pagi.Aku menuju ke arah bilik air yang kosong.Aku bergayut dan memulakan rutin harian aku setiap pagi.Aku mendagu sebanyak 10 kali.Kemudian,aku buat push up 10 kali.Cukuplah nak buat badan aku panas sebelum aku bertarung dengan kesejukan yang melanda Kluang secara tiba-tiba tahun ni.Pintu bilik air terbuka.Aku melangkah masuk ke dalam.Pili air diputar.Aku mula membersihkan diri.

Aku keluar dari surau dan menuju ke dewan makan.Aku lihat Iskandar sedang menikmati sarapan pagi.Aku masuk ke dalam barisan dan beratur."Eh,menu pagi ni Cornflakes dengan kismis lah.Mesti sedap" .Aku cuma tersenyum.Selamat datang ke kehidupan asrama,adik tingkatan 1.Menu yang kau tengok cuma lah satu syarat untuk memenuhi syarat dewan makan SBP.Aku mengambil makanan dan mengambil tempat bersebelahan Iskandar.Dia menyambut aku dengan "minum Milo anda bersemangat juara".Aku baru sedar,pagi itu kami disediakan dengan Milo.Aku membalas "semangat juara celah mana kalau Milo macam ni.Semangat celaka ada lah". Kami meneruskan menikmati sarapan kami.Usai bersarapan,kami menuju ke dewan besar untuk perhimpunan pagi.

4.30 petang.Waktu prep petang tamat.Aku menuju ke dewan makan bersama rakan-rakan aku.Lebih tepat,rakan-rakan sekelas aku,pelajar lelaki dari kelas 5 Ar-Razi.Kami masuk ke dewan makan dan menikmati minum petang kami.Aku menghabiskan kuih yang diberi dengan cepat sebelum menuju ke asrama untuk latihan ragbi pada pukul 5 nanti.Sejurus solat Asar,aku mempersiapkan diri dan menuju ke padang.


6.50 petang.Aku dan Acap baru pulang dari padang.Kami bergegas ke bilik mandi untuk mempersiapkan diri untuk solat Maghrib berjemaah di surau.
Usai mandi,kami berjalan beriringan sambil bergurau sebelum masuk ke surau dan menunaikan solat Maghrib.

9.00 malam.Waktu prep malam bermula.Sekali lagi,aku berjalan di susur gajah.Sampai sekarang,aku tal tahu kenapa laluan ini dipanggil susur gajah.Sebab itu aku membesar dengan keyakinan bahawa Melayu suka meletakkan nama pelik untuk semua benda.Macam buah Melaka.Aku sampai sekarang pelik kenapa nama kuih ni buah Melaka.Onde-onde dah macam gipsi bunyi dia bila aku dengar dan sebut onde-onde.Dalam kepala aku cuma satu benda bermain "Shit,kerja rumah banyak.Shit,kena study Add Math betul-betul.Shit,aku kena struggle nak masuk ALAM". Hahaha.Banyak sebenarnya.Nevermind.Let's begin our prep malam.

10.30 malam.Waktu di mana prep malam tamat dan semua pelajar akan menuju ke dewan makan untuk membuat satu keputusan yang penting setiap malam. "Makan sini,buat Maggi di dorm atau tak payah makan untuk malam ini" .Satu keputusan perlu dibuat pada setiap malam.Ini untuk putera lah.Yang puteri pula,tak kuasa aku nak senaraikan pilihan keputusan diorang setiap malam.Terlalu banyak.

Aku menuju ke dorm aku.Terdengar suara Iskandar,Loloq dan Iman menjerit.Aku cuma tersenyum.Aku membuka pintu dorm.Kelihatan Acap sedang menikmati Maggi dan Raja yang sedang duduk di atas katil sambil membuat kerja sekolah.Guys,welcome to dorm 37.