Tuesday, August 13, 2013

Cerpen #2


KEMBARA


“Penumpang yang akan menaiki keretapi ke Padang Besar,sila berada di platform 3”.Suara perempuan yang mersik itu mengejutkan Adam daripada tidurnya.Adam mengambil beg galas Adidasnya dan menyangkutkannya ke bahunya.

Adam memeriksa iPhone 5 dia.Ada mensi baru dari Twitter.Adam membuka akaun Twitternya. “@BielaBell Adam,have a safe journey!!I will be waiting for you <3”.Adam tersengih.Bella,kekasihnya yang sering membuatkan Adam rasa terkonkong.Adam faham,Bella kisah dan sayang akan dirinya,tetapi takkanlah Adam ingin menonton perlawanan bola pun dia terpakasa bertikam lidah dengan kekasih hatinya.Ada satu kali,Manchester United lawan Liverpool.Adam terlepas perlawanan itu kerana Bella berkeras ingin menelefonnya malam itu.Sudahnya,mereka bergaduh,perlawanan bola terlepas.Nasib Manchester menang.


Adam masuk ke dalam perut keretapi.Matanya lincah mencari kabin 13.Hah,jumpa pun.Adam masuk dan menutup pintu kabinnya.Dia Cuma berharap tiada siapa yang berkongsi kabin dengan dia.


“Keretapi akan mula meninggalkan KL Sentral dalam masa 5 minit”


Keretapi mula meninggalkan KL Sentral.Adam sudah mula mengorak langkah ke alam mimpi di mana segala-galanya mungkin.Pemimpin-pemimpin Malaysia bebas rasuah,artis Malaysia prestasi lebih daripada kontroversi dan yang paling penting,Zain Saidin ada girlfriend baru.

“Encik,bangun.Dah sampai Perlis dah”.Adam membuka matanya.Dia senyum dan bingkas bangun meninggalkan kabin 13.


Adam mengorak langkah ke Beseri.Niatnya satu.Ingin menunaikan solat jamak takhir Asar dan Zohor dan ingin mencari makanan yang dikatakan trademark Perlis,Bihun Sup Aris.


Selesai solat jamak takhir,dia mula bergerak mencari bihun sup yang khabarnya mampu membuatkan orang yang memakannya menambah hingga 3,4 mangkuk.


“Hah!Jumpa pun!”.Adam tersenyum dan mencari tempat duduk kosong.Tiada.Dia terpaksa berkongsi tempat duduk dengan seorang pemuda yang pada pandangan Adam,berada dalam lingkungan 40-an.



“Ada orang kat sini?” kata Adam.Pemuda yang memiliki potongan rambut seperti Guile cuma menggeleng. ”Uishh,teringat zaman aku budak dulu” fikir Adam. Adam duduk dan memesan makanan.


Sementara menunggu makanannya tiba,Adam bertanya “Nama siapa?Saya Adam.” Adam menghulurkan tangan. “Ridhwan” jawab mamat Guile ringkas.Tangan Adam langsung diabaikan.Adam meneruskan bibit perbualan “Saya asal Teluk Intan.Menara Condong tu.” Adam senyum.Ridhwan berpaling dan berkata “Pakcik air bandung tarik tu ada lagi?” Adam menjawab “Ada lagi bang.Cuma dah tua lah.Zaman saya sekolah pun umur dia dah baya abang.” “Aku ni dah jelajah dah satu Malaysia masa aku muda dulu.Naik keretapi je.Orang sekarang Kedah-KL pun naik kapal terbang.” Adam terkejut. “Saya pun tengah mengembara bang.Naik keretapi juga.” Ridhwan tersenyum. “Baguslah,ada lagi orang macam aku dekat dunia ni.Aku harap kau selamatlah masa menjelajah.” “Eh Dam,aku gerak dulu.Nak ke surau malam nanti.Kau ada tempat tinggal tak?” “Belum lagi bang.Saya cadang tidur surau je.” “Tak payah.Tidur rumah aku.Gerak dengan aku nanti.”




Makanan dipinta Adam sampai.Adam terus hirup supnya. “Fuh,kalau macam ni bihun sup dia,mau hari hari aku makan.” Adam menghabiskan makanannya dengan cepat.Faktor lapar mungkin.Perutnya mendendangkan irama reggae sejak turun keretapi tadi.Adam ke kaunter untuk membayar bihun sup tadi. “Tak payah Adam,aku bayarkan.Pergi kat kereta aku.” Adam cuma mengangguk.Adam mencari kereta Ridhwan. “Mana satu kereta abang ni.Haishh.” “Eh Dam,sinilah.Kau pergi mana tu?” Ridhwan berdiri di sebelah sebuah kereta Toyota Caldina.Bukan calang-calang Ridhwan ni,detik hati Adam.


Tiba di rumah Ridhwan,Adam keluar dan menunggu Ridhwan di kaki tangga. “Aih,tunggu apa lagi.Pergilah masuk.Panggil makcik kat dalam.” “Assalam….” Pintu terbuka.Seorang gadis yang memakai baby-T berwarna biru yang bertulis “Girls rules!” membuka pintu.Kepalanya ditutup dengan sehelai tuala mandi. “Mariam,bawa Adam tu ke bilik.Bagi dia tuala.Suruh dia mandi lekas.Ayah nak ke surau malam ni”. “Baik ayah” kata Mariam.Mariam menjemput Adam naik.Adam yang sedang mengelamun,terus naik ke atas. “Kalau Bella tahu ni,mampus aku.” bisik Adam.


Mariam membawa Adam ke bilik tetamu dan meletakkan sehelai tuala mandi di atas katil.Mariam lekas keluar.Sebelum keluar,dia sempat bersedekah kepada Adam.Adam malu. “Ish,kalah Bella senyum dia tadi.Ya Allah,bantulah hambamu ini Ya Allah.”


Adam berada di surau.Rupa-rupanya,Ridhwan ni atau Bang Wan ni bilal surau. “Panggil aku Bang Wan je.” Kata Ridhwan sewaktu menuju ke surau.Usai solat Isyak,mereka pulang.
“Kau nak balik bila Adam?” “Entahlah bang.Saya rasa,saya duduk Perlis ni 2 hari lepas tu gerak pergi Gemas.Saya nak jelajah pantai timur pula.” “Hmm,yalah Dam.Abang doakan kau pandai jaga diri.Esok aku bawa kau makan kat Padang Besar.Kita makan somtam” Adam teripinga.Somtam?Apa tu…






“Hah,inilah somtam” kata Bang Wan.Adam tersengih. “Sedap juga somtam ni.Ni yang taknak keluar dari Perlis ni” kata Adam. “Tak payah keluar lah abang Adam.Duduk Perlis je.Seronok tau Perlis ni.” sambung Mariam. “Kalau boleh,abang dah duduk sini dah Mariam.Tu,kerja kat Melaka tu,siapa nak siapkan?Abang cuti 3 bulan ni,entah apa jadi kat sana.” “Alaa,pekerja abang kan ada.” rengek Mariam.Adam cuma mampu senyum.





“Nanti dah sampai Gemas tu,call lah Mariam.Takdalah kami risau sangat” kata Mariam.Adam memakai kemeja biru dan berseluar jeans berwarna hitam.Dia senyum dan berkata “Mariam jaga diri tau.Nanti kalau dapat masuk UiTM Lendu tu,contact lah abang.Boleh abang tolong apa yang patut.” “Bang Wan,terima kasihlah bagi saya tempat tinggal sepanjang saya dekat sini.” “Takda apa sangatlah.Elok elok berjalan.Jaga diri.” Adam bersalaman dengan Bang Wan dan Adam tunduk mencium tangan Bang Wan.Mariam pula,Adam cuma mampu berkata “Sayang,abang janji abang akan menikahi sayang.Sayang abang punya.” “Abang jaga diri.Mariam rindukan abang nanti.” Adam melangkah masuk ke dalam keretapi.Dia melambai ke arah Bang Wan dan Mariam.Keretapi berlalu pergi.




Adam berjalan ke arah kabinnya.Kabin 13.13 lagi,detik hatinya.Betullah kata orang.Gadis Perlis memang lawa.Mengembara?Dia terfikir alasan itu apabila Bang Wan bercerita tentang keretapi.Hati Adam tergelak kecil.Tetapi,Mariam akan dinikahinya.Selamat tinggal Bella.Matlamatnya ke Perlis tercapai.Makanan dan gadis.
Belliksa iPhone 5 dia.Ada mensi baru dari Twitter.Adam membuka akaun Twitternya.

Tuesday, August 6, 2013

Cerpen #1





KERJA MALAM





Malik berjalan dengan langkah yang agak yakin.Rayban Wayfarer masih  melekat di matanya.Tali beg galasnya dipegang dengan erat.Dia mula memanjat tangga untuk naik ke atas bumbung.Sampai di tingkat 8,dia mengah.Dia mengambil kotak rokok di dalam poket seluarnya.Malik membukanya.Kosong.Ah,sial.Dia merenyukkan kotak rokok itu dan mencampakkannya ke luar tingkap.Dia meneruskan perjalanan.
Malik membuka pintu di hadapannya.Dia pergi ke tebing dan menghadap sebuah apartment yang nampak megah.Beg galas di tulang belikat diturunkan.Isinya segera dikosongkan.Raifelnya mula dipasang dan dia mula mencari tempat yang sesuai.Dia menjilat jari telunjuknya dan mengangkat tangannya ke udara.Arah angin sudah diperiksa.Hanya menunggu mangsa.
“Cepatlah keluar.Aku dah sejuk dekat atas ni,” Malik merungut.Mangsa mla keluar.Dia tersenyum.Matanya dirapatkan ke skop sasaran.Dia mula mengatur nafas.Andai nafasnya berterabur,tembakannya akan tersasar.Nafas diatur.Jari diletakkan di picu.Mangsa mula duduk diiringi dua orang pengawal peribadi dan seorang gadis yang berjaya menarik perhatian dia.
BAMM!
Tembakan dilepaskan.Peluru mengena mangsa.Mangsa rebah.Malik tersenyum.Raifel segera dikemaskan dan diisi semula ke dalam beg galas lalu kembali digalas.Dia bergegas ke arah pintu.Perutnya mula berbunyi tanda lapar.Dia menilik jam di tangan.Ah,masih awal.
                         

Malik memandu pulang.Hasratnya untuk makan terhapus.Dia cuma ingin pulang.Dia singgah ke 7-Eleven. ”Dunhill Menthol satu,” katanya kepada juruwang di sebalik kaunter.Dia melihat muka juruwang perempuan tersebut.Comel tetapi terlalu muda untuk dia. ”RM 10.50 bang,” kata juruwang itu.Malik menghulurkan wang RM 11 dan berkata “Keep the change.” Dia keluar dari 7-Eleven tersebut.
Sampai di rumah,dia terus ke kamarnya dan baring di atas katilnya.Selesa.Dia terus terlelap.




Malik membuka mata.Sinar matahari mula menyinari wajahnya.Dia menggeliat.Dia melihat jam di tepi katil.Ah,sudah 1 petang.Dia bergegas ke bilik mandi.
Usai mandi,dia bercukur.Setelah bercukur,dia mengenakan t-shirt berhiaskan Kurt Cobain memegang mikrofon sambil menutupi mukanya dengan rambutnya.Dia memilih seluar khaki hitam.Dia mencapai kunci kereta di atas TV dan keluar dari rumahnya.





            Medan selera di Jusco penuh.Dia menyumpah seranah dengan perlahan.Dia mengatur langkah ke salah sebuah gerai di situ dan mula memesan makanan.Sementara menunggu,dia memesan air untuk melengkapkan makan tengaharinya.Dia kembali ke gerai makanan dan mengambil makanannya setelah membayar harganya.Dia memilih sebuah meja yang agak tersorok dan makan di situ.Telefonnya bordering.Malik mengelap mulut dan menjawab panggilan tersebut. “Yes Joe?.Aha,okay.Malam ni,pukul 10.” Malik meletakkan telefonnya.
Usai makan,dia mula mengatur langkah ke arah panggung wayang.Tiba-tiba,dia ditahan oleh seorang badut.Muka Malik pucat.Dia seorang yang claurophobia.Badut tersebut menghulurkan belon yang telah dibentuk menjadi anjing.Malik mengelak dan dia melarikan diri daripada badut itu.
Sial,detik hatinya.Dia mula mengatur langkah ke kawasan parker kereta.Hasratnya menonton wayang terus hilang. “Sial punya badut.Tak tau ke aku takut badut,” makinya sambil berjalan ke keretanya.





            Malik tiba di kelab malam Joe.Dia masuk sambil membawa sebuah beg sandang Adidas berwarna hitam.Dia berjumpa dengan Joe. “Hei Joe!” Dia bersalaman dengan rakan baiknya.Beg sandang bertukar tangan. “Joe,aku nak spaghetti lah.Aku lapar ni.” Joe tersenyum dan menjempul ibu jarinya ke atas.Malik duduk menunggu.Seorang gadis dengan dada yang membusung datang duduk sebelahnya. “Nice shirt you got there.” Malik tersenyum dan berkata “Thanks.” Gadis tersebut beredar.Malik kenal akan gadis itu.Farah.Salah seorang anak ayam Joe.Joe pandai meniaga.Anak ayamnya dilepaskan dalam kelabnya.Side income katanya.
            Joe datang membawa spaghetti yang dipesan Malik.Dia menghulurkan sebuah fail berwarna coklat.Malik meneliti isi fail tersebut.Joe mengulurkan sebuah sampul surat yang agak tebal isinya.Malik faham.Dia menghabiskan spaghettinya.





            Malik mengetuk pintu di hadapannya.Di tangan kirinya,pistol Sig Sauer digenggam erat.Peredam bunyi sudah dipasang.Kelak tetangga mendengar bunyi tembakan,parah jawabnya.Pintu di hadapannya terbuka.Malik mengacukan pistol kepada lelaki di depannya dan melepaskan tembakan.
            Lelaki tersebut rebah.Malik senyum.Dia berlalu pergi.

            Hanya sebuah hari biasa buat Malik.